Blogger Layouts

Sunday, October 23, 2011

♥♥ BILA PEREMPUAN MENANGIS ♥♥



Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah,
tetapi hanya apabila saya mula menyintai awak, saya mula merendahkan ego saya untuk awak semata-mata kerana awak.
... ...
Apabila saya menangis kerana awak,

Bolehkan awak rasakan apa yang saya rasa?
Pernahkah awak CUBA untuk memahami apa yang saya rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah saya menangis,
Hanya kerana awak?

saya menangis bukan kerana saya lemah,
saya menangis bukan kerana saya kasihan atau simpati,
saya menangis,
Kerana saya tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang saya rasai menjadi semakin berat untuk disimpan.
awak..
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika saya menangis hanya kerana awak,
Mungkin sudah tiba masanya awak fikir kembali di mana silap awak,
Kerana hanya awak tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

awak..jika suatu hari nanti
 seorang perempuan menangis lagi kerana awak, janganlah awak membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan awak sehingga akhir hayat awak.

awak..jika suatu hari nanti
 seorang perempuan menangis lagi kerana awak, janganlah awak meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan awak. Kerana awak akan merosakkan hidup dia.

awak..jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi awak belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana awak hanya akan membuatkan dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...








No comments:

Post a Comment